Sunday, April 24, 2011

BERSENANG-SENANG DAHULU? KEMUDIAN?

Alhamdulillah, tugasan esemen dah selesai dihantar. Cuma ada sedikit tugasan lagi yg perlu diselesaikan. Jika pada musim esemen kita diuji dengan kesempitan waktu, namun sekarang kita juga diuji. Tiada esemen bermakna kita diuji dengan nikmat yg sering kita lupakan, iaitu waktu lapang.... Bukankah lapang sebelum sempit? Jadi, sebelum masa menjadi sempit kembali, marilah kita gunakan waktu yg ada ini dengan sebaiknya. Masa inilah kita boleh meluangkan lebih masa utk mencari bekalan utk dibawa ke akhirat nanti. Namun, apa yg saya lihat sekarang, ramai teman2 yg menghabiskan waktu ini dgn menonton cerita yg pada saya hanya membawa hiburan kosong lagi melalaikan. Masing2 saling bertukar-tukar movie, filem, drama dsb. 
Jika dahulu, tidak turun surau dan majlis ilmu kerana esemen perlu disiapkan. Sekarang, bila esemen telah selesai, masih juga dalam keadaan yg sama. Apa alasannya? Adakah ingin relax2 lepas brtungkus lumus menyiapkan esemen? Adakah  berhibur dengan menonton cerita yg melalaikan itu dikatakan satu cara utk berehat? Pastilah tidak.
Takkanlah setiap masa mahu hidup dalam zon selesa... Setiap detik mahu memanjakan diri dengan hiburan tanpa sempadan? Ramai yg tak sanggup keluar dari zon selesa. Susah katanya. Mari sama2 renungkan, jika menghadapi kesusahan dunia pun kita dah tak mampu, macam mana nak hadapi azab di akhirat.???? MasyaALLAH... Berehat dan bersenang di dunia, tak bermakna di akhirat juga begitu... 


Bukankah solat itu adalah satu istirehat juga? Kita dah ada masa lapang, jadi inilah masanya tingkatkan amal ibadat. Jadi, apa lagi? Marilah beramal... Beramal kerana ALLAH... (ingatkn diri sendiri terutamanya)...
Rebutlah nikmat waktu lapang ini, sebelum datangnya waktu sempit nanti....Masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, nescaya ia akan memotongmu... Masa yg berlalu juga takkan kembali...
Jadi, marilah sama2 kita syukuri nikmat waktu ini dgn beramal mencari bekalan utk dibawa ke akhirat sana.... Tak perlu bersenang-senang di dunia kerana yg kita cari adalah kebahagiaan akhirat yg abadi....

Friday, April 22, 2011

SEJAUH MANA PENGORBANAN KITA?


“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yg sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama…..” (22 : 78)
Semalam saya sempat berbual dengan seorang ukhti tentang pengalaman. Beliau menceritakan tentang program yang pernah diikutinya serta adik kembarnya. Apa yang menariknya, dalam satu program, mereka akan menguji peserta dengan menghina peserta itu habis-habisan. Mereka yang menyertai program ini akan akan diarahkan menjual barang dan mempromosinya dengan cara yang tersendiri. Petugas yang diarahkan pula akan menguji tahap kesabaran  mereka ini dengan menghina serta mencampakkan barangan jualan tersebut. Ramai yang menangis kerana tidak mampu menghadapi ujian ini. Namun, ada seorang yang begitu sabar walaupun dihina sambil barangnya dicampak. Namun, tiba-tiba dia berubah sangat tegas hingga mengejutkan petugas yang sedang mencampakkan barangnya. Rupanya peserta tadi telah mendengar ada suara yang menghina agama. Katanya, dia tidak kisah jika orang mahu menghinanya atau buat apa saja padanya, tapi dia tidak boleh terima ada orang yang menghina Islam. Subhanallah, begitu tinggi sensitivitinya pada agama. Cuba bandingkan dengan diri kita. Jika kita dihina kerana agama yang kita pegang, apa yang kita rasa? Adakah  rasa sedih dan marah yang terbit adalah untuk agama atau lebih tertumpah untuk diri sendiri. Sama-sama muhasabah. Banyak lagi yang kami bualkan. Dan ada satu lagi yang sangat menarik hati saya hinggakan mahu rasa pengalaman itu sendiri. Program ini agak mencabar dan memberi 1001 pengajaran. Peserta akan dilepaskan seorang demi seorang di hutan. Jika ternampak sesuatu, hanya boleh membaca zikrullah. Hinggalah suatu saat, munculnya satu mayat. Kemudian, mereka semua menggali kubur, membaca talkin seperti benar-benar berlaku kematian di hutan itu. Tangisan ketakutan dan kesayuan bergema di hutan itu.  Pasti yang ada di situ akan tertanya-tanya bilakah pula giliran mereka… Kembali ke dalam tanah… menghadap Yang Maha Esa…
Mendengar cerita2nya, membuatkan saya terfikir betapa  kreatifnya cara mereka menyampaikan dakwah…  
Jika difikirkan, berapa ramaikah mahasiswa dan mahasiswi yang sanggup menggadaikan masa demi menghadiri program2 spt tadi? Tak ramai pun kan? Ramai yang takut tugasan esemen xdapat disiapkan, takde masa dan macam2 alasan lagi. Padahal sudah jelas dalam surah Muhammad ayat ke 7 yg bermaksud, “ Wahai orang2 yg beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Ini adalah janji ALLAH bagi mereka yang menolong agamaNya. Kalau diikutkan ALLAH tidak memerlukan kita pun utk membangunkan agamaNya dan ALLAH juga tak rugi jika kita tidak menolongnya.. Namun, kitalah yg memerlukan ALLAH dan kitalah yang rugi jika tak berbuat demikian…. Yakinlah, janji  ALLAH itu benar, janji ALLAH tak sama dgan janji manusia.
Sama2 renungkan,  apa yang dah kita lakukan utk agama ALLAH adalah sangat kecil dan kita pun tak tahu apa nilainya di mata ALLAH… Jadi, marilah sama2 amalkan budaya saling berpesan dgn kebenaran dan kesabaran. Spt dalam surah al- ‘asr… Mereka yg tak rugi bukanlah mereka yg hanya beriman dan beramal soleh, tetapi mereka yg berpesan dengan kebenaran dan kesabaran jua. Semoga kita semua akan sanggup mengorbankan diri serta seluruh jiwa raga demi menegakkan kalimah kebenaran, kalimah syahadah… INSYAALLAH…