Friday, April 22, 2011

SEJAUH MANA PENGORBANAN KITA?


“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yg sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama…..” (22 : 78)
Semalam saya sempat berbual dengan seorang ukhti tentang pengalaman. Beliau menceritakan tentang program yang pernah diikutinya serta adik kembarnya. Apa yang menariknya, dalam satu program, mereka akan menguji peserta dengan menghina peserta itu habis-habisan. Mereka yang menyertai program ini akan akan diarahkan menjual barang dan mempromosinya dengan cara yang tersendiri. Petugas yang diarahkan pula akan menguji tahap kesabaran  mereka ini dengan menghina serta mencampakkan barangan jualan tersebut. Ramai yang menangis kerana tidak mampu menghadapi ujian ini. Namun, ada seorang yang begitu sabar walaupun dihina sambil barangnya dicampak. Namun, tiba-tiba dia berubah sangat tegas hingga mengejutkan petugas yang sedang mencampakkan barangnya. Rupanya peserta tadi telah mendengar ada suara yang menghina agama. Katanya, dia tidak kisah jika orang mahu menghinanya atau buat apa saja padanya, tapi dia tidak boleh terima ada orang yang menghina Islam. Subhanallah, begitu tinggi sensitivitinya pada agama. Cuba bandingkan dengan diri kita. Jika kita dihina kerana agama yang kita pegang, apa yang kita rasa? Adakah  rasa sedih dan marah yang terbit adalah untuk agama atau lebih tertumpah untuk diri sendiri. Sama-sama muhasabah. Banyak lagi yang kami bualkan. Dan ada satu lagi yang sangat menarik hati saya hinggakan mahu rasa pengalaman itu sendiri. Program ini agak mencabar dan memberi 1001 pengajaran. Peserta akan dilepaskan seorang demi seorang di hutan. Jika ternampak sesuatu, hanya boleh membaca zikrullah. Hinggalah suatu saat, munculnya satu mayat. Kemudian, mereka semua menggali kubur, membaca talkin seperti benar-benar berlaku kematian di hutan itu. Tangisan ketakutan dan kesayuan bergema di hutan itu.  Pasti yang ada di situ akan tertanya-tanya bilakah pula giliran mereka… Kembali ke dalam tanah… menghadap Yang Maha Esa…
Mendengar cerita2nya, membuatkan saya terfikir betapa  kreatifnya cara mereka menyampaikan dakwah…  
Jika difikirkan, berapa ramaikah mahasiswa dan mahasiswi yang sanggup menggadaikan masa demi menghadiri program2 spt tadi? Tak ramai pun kan? Ramai yang takut tugasan esemen xdapat disiapkan, takde masa dan macam2 alasan lagi. Padahal sudah jelas dalam surah Muhammad ayat ke 7 yg bermaksud, “ Wahai orang2 yg beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Ini adalah janji ALLAH bagi mereka yang menolong agamaNya. Kalau diikutkan ALLAH tidak memerlukan kita pun utk membangunkan agamaNya dan ALLAH juga tak rugi jika kita tidak menolongnya.. Namun, kitalah yg memerlukan ALLAH dan kitalah yang rugi jika tak berbuat demikian…. Yakinlah, janji  ALLAH itu benar, janji ALLAH tak sama dgan janji manusia.
Sama2 renungkan,  apa yang dah kita lakukan utk agama ALLAH adalah sangat kecil dan kita pun tak tahu apa nilainya di mata ALLAH… Jadi, marilah sama2 amalkan budaya saling berpesan dgn kebenaran dan kesabaran. Spt dalam surah al- ‘asr… Mereka yg tak rugi bukanlah mereka yg hanya beriman dan beramal soleh, tetapi mereka yg berpesan dengan kebenaran dan kesabaran jua. Semoga kita semua akan sanggup mengorbankan diri serta seluruh jiwa raga demi menegakkan kalimah kebenaran, kalimah syahadah… INSYAALLAH…  

No comments:

Post a Comment