Tuesday, March 22, 2011

MeMBoroNg MaKaNaN Di DuNia

Suatu hari Hafas bin Abil As datang ke rumah Umar bin Khattab yang ketika itu sedang duduk untuk makan. Umar mengajak Hafas makan sama. Akan tetapi apabila Hafas melihat pada hidangan yang hanya terdiri daripada daging kering saja, dia tidak berselera langsung, kerana di rumahnya sudah biasa makan makanan yang sedap-sedap. agar tidak mengecewakan umar ,hafas cepat-cepat memohon diri untuk keluar.Tapi Umar tahu bahawa hafas cepat-capat mohon diri kerana tidak mahu makan sama hidangan kasar itu.
“Mengapa engkau tidak mahu makan bersamaku?”tanya umar.
“Maaflah ,makananmu terlalu keras semua sedang di rumahku ada makanan yang lebih lembut.” jawab Hafas berterus-terang.
“Engkau ingat aku tidak mampu menyuruh menyediakan hidangan kambing muda yang dimasak dengan tepung gandum gred satu?” kata Umar sambil menghuraikan resepi dan campuran makanan tersebut selengkapnya.
“Wah, kalau begitu engkau pakar juga membuat makanan yang semewah itu.” kata hafas sambil tetawa.
Umar berkata : “Sungguh, seandainya aku tidak khuatir akan menyusutnya nilai kebajikanku, sudah tentu aku akan ikut bersamamu melahap makanan yang sedap-sedap. Kalau aku mahu, jenis makananku akan lebih mewah daripada makananmu. Wahai Hafas, kami lebih tahu tentang berbagai jenis makanan sedap daripada para kaki makan sekarang ini. Akan tetapi semua itu kami tangguhkan demi menyongsong suatu hari di mana ibu melepaskan bayinya yang sedang menetek, dan ibu yang mengandung akan melahirkan kandungannya. Mengapa itu semua aku tangguhkan? Kerana aku khuatir terkena sindir ALLAH pada suatu kaum (di hari kiamat nanti) : “Bukankah semua kenikmatan telah kau borong ketika hidup di dunia?”
*** Jabir bin Abdurrahman terasa ingin makan kambing apabila melihat longgokan daging kambing dijual orang, lalu beliau membeli pahanya dan dibawanya pulang. Di tengah perjalanan dia terserempak dengan khalifah Umar bin Khattab.
“Apa yang engkau bawa itu, wahai Jabir?” tanya Umar.
“Paha kambing.” jawab Jabir.
“Oh..... jadi, detiap engkau melihat makanan yang engkau gemari, engkau membelinya, ya? Apakah engkau tidak takut nanti pada hari qiamat kaan dicap oleh ALLAH: “Wahai orang yang suka memborong habis segala kenikmatan di dunia.” kata Umar bin Khattab.
 --------------------------------------------------------- Bila difikirkan, tiada untungnya memborong makanan di dunia. Mungkin di dunia ini terasa puas dan gembira dengan makanan yang enak-enak, namun di akhirat nanti bagaimana? Adakah makanan yang sedap ini akan membantu kita di akhirat? Pastilah tidak... Hanya anggota badan yang berbicara saat lidah tergamam. Saat itu makanan dunia tidak beerti lagi. Sebenarnya makanan yang sedap ini juga boleh menjadi perosak hati. Apabila sedap, pastinya orang akan makan dengan jumlah yang banyak. Banyak makan adalah salah satu perosak hati. Apabila terlalu banyak makan, datanglah kemalasan untuk beribadah. Lalu, rosaklah hati.
Apa yang dapat ana perhatikan, ramai di antara kita yang sering mencela makanan. Banyak sangat komennya... Tak sedaplah, masinlah, tawarlah, tak cukup lemaklah, macam-macam lagi. Betapa tak bersyukurnya kita sekiranya kita pun seperti itu. Sedangkan ramai lagi manusia di dunia ini tak mendapat makanan yang cukup seperti kita. Saban hari mereka kelaparan. Saat kita makan, adakah kita ingat akan saudara kita di Palestin? Adakah kita ingat orang miskin? Adakah kita terfikirkan peminta sedekah? adakah???
Saudaraku sekalian, bersyukurlah kita dengan apa yang ALLAH berikan. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah mencela makanan... Jadi, ikutlah sikap Rasulullah kerana akhlak Baginda adalah seperti Al-Quran yang bergerak... Apabila makan, niatlah bahawa kita makan untuk mencari tenaga untuk beribadah kepada ALLAH s.w.t. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.Takpe tak dapat merasa kenikmatan makanan yang enak di dunia, kerana kita mencari kenikmatan di akhirat... INSHAALLAH... 






No comments:

Post a Comment