Friday, January 14, 2011

KeTiKa MaSJiD DaN RuMaH PeLaCuRaN RoBoH...

Ada dua lelaki,. Keduanya adalah saudara kandung. Lahir dalam sebuah keluarga yang taat beragama. Namun perilaku dua orang itu berbeza dan akhir hidup mereka juga berbeza.
Yang tua, sejak kecil dikenal baik, alim dan ahli ibadah. Ia tidak suka menyakiti orang lain. Tidak suka huru-hara. Tak pernah menyentuh gelas minuman keras apalagi meminumnya. Waktu mudanya banyak dihabiskan di masjid. Ia juga tidak bergaul dengan wanita yang bukan mahramnya. Pernah ia dirayu seorang gadis cantik yang masih sepupunya, namun ia teguh dalam keimanannya. kerana amal perbuatannya yang baik dan akhlaknya yang mulia, ia dicintai oleh keluarga dan masyarakat.
Sedangkan adiknya, sangat berbeza dengan abangnya. Sejak kecil dikenak nakal. Sejak remaja sudah biasa masuk tempat maksiat. Rumah pelacuran adalahtempat biasa ia mangkal. Hampir setiap hari ia mabuk dan melakukan pelbagai maksiat di rumah pelacuran miliknya itu. Kadang-kadang ia juga ikut sekumpulan perompak untuk merampas harta orang lain. Ketika merompak, ia bahkan terkadang juga melakukan pemerkosaan. Hampir segala jenis maksiat dan perbuatan yang menjijikkan telah ia lakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatan jahatnya itu membuat dirinya dibenci oleh keluarga dan masyarakat.
Suatu ketika, sang abang yang alim dan ahli ibadah merenung ketika bersendirian. Tiba-tiba dengan halus sekali nafsunya berkata padanya :
“Sejak kecil kau selalu berbuat kebaikan dan beribadah. Kau telah mendapat tempat di hati masyarakat dan dikenal sebagai orang baik. Namun kau tidak pernah merasakan ni’matnya hidup sedikit pun. Kenapa tidak sesekali kau datang ke tempat adikmu menghibur diri di rumah pelacurannya. Sesekali saja. Setelah itu, kau boleh bertaubat. Kau boleh membaca istighfar ribuan kali dalam solat tahajjud. Bukankah ALLAH itu Maha Pengampun?”
Pujukan hawa nafsunya itu ternyata masuk dalam fikirannya. Syaitan pun dengan sangat halus masuk melalui pori-pori dan aliran darah. Ia berkata pada dirinya sendiri:
“Benar juga. Kenapa aku tidak sesekali menghibur diri ? Hidup cuma sekali. Malam nanti aku mahu menari dan bersenang-senang bersama wanita cantik di rumah pelacuran adikku. Setelah itu, aku pulang dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T. Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.”
Sementara itu, di rumah pelacuran, adiknya juga merenung. Ia merasa jenuh dengan hidup yang dijalaninya. Nuraninya berkata :
“Sudah bertahun-tahun aku hidup bergeimang dengan dosa. Bermacam maksiat telah kau lakukan. Apakah aku akan hidup begini terus? Keluarga membenciku kerana perbuatanku. Juga masyarakat, mereka memusuhiku kerana kejahatanku. Kenapa aku tidak mencuba hidup baik-baik seperti abang. Ah, bagaimanakan besok kalau aku telah mati. Bagaimana harus mempertanggungjawabkan perbuatanku. Kalau begini terus, kelak aku akan masuk neraka. Hidup sudah di akhirat sana. Sementara abangku akan hidup ni’mat di syurga. Tidak! Aku tidak boleh terus hidup dalam lembah maksiat. Aku harus mencuba hidup di jalan yang lurus. Malam nanti selepas maghrib, aku akan ke masjid tempat abang beribadah. Aku mahu bertaubat dan ikut solat. Aku mahu kembali ke pangkuan ALLAH s.w.t. Aku mahu beribadah sepanjang sisa hidupku. Semoga ALLAH mahu mengampuni dosa-dosaku yang telah lalu.”
                        ***
Dan benarlah. Ketika malam tiba, kedua saudara itu melaksanakan niatnya masing-masing. Selesai solat Maghrib di masjid, sang abang kembali ke rumah, ganti pakaian dan bergegas menuju rumah pelacuran. Adapun sang adik, telah pergi meninggalkan rumah pelacuransebaik mendengar suara azanMaghrib. Jalan yang diambil dua bersaudara itu tidak sama sehingga keduanya tidak berjumpa di tengah jalan.
Sampai di rumah pelacuran, sang abang mencari adiknya. Namun tidak ada. Orang-orang yang ada di rumah pelacuran tidak ada yang tahu ke mana adiknya itu pergi. Meskipun adiknya tidak ada ia tetap melaksanakan niatnya .Nafsu telah menguasai seluruh akal fikirannya.Ia pun menuruti segala yang diinginkan nafsunya di rumah pelacuran itu bersama para penari dan pelacur.
Di tempat lain ,sang adik sampai di masjid tempat abang biasa beribadah.Ia sudah bertekad bulat untuk bertaubat meninggalkan semua perbuatan buruknya.Ia mengambil air wudhu ‘ dan masuk ke dalam masjid. Ia mencari-cari abangnya, ternyata tidak ada. Padahal biasanya abngnya selalu beriktikaf di masjid selepas Maghrib sampai Isya’. Ia bertanya pada penjaga masjid, namun ia tidak tahu ke mana perginya. Meskipun tidak ada abangnya, niatnya telah nekad. Ia melakukan solat dan beristighfar sebanyak-banyaknya dengan bercucuran air mata.
Tiba-tiba bumi bergoncang dengan hebatnya.
“Awas, ada gempa! Ada gempa!” teriak orang-orang di jalan. Orang-orang panic keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Takut kalau-kalau rumah mereka runtuh. Sang adik yang sedang larut dalam kenikmatan taubatnya tidak beranjak dari dalam masjid. Ia tidak merasakan ada gempa. Demikian juga sang abang yang saat itu sedang terlena di rumah pelacuran. Ia sama sekali tidak merasakan gempa. Goncangan gempa malam itu cukup kuat. Beberapa bangunan roboh. Termasuk masjid dan rumah pelacuran.
Keesokan harinya. Sang abang ditemui mati di antara runtuhan rumah pelacuran di samping mayat seorang penari wanita dalam keadaan yang memalukan. Sedangkan adiknya juga ditemui mati di antara reruntuhan masjid. Kedua tangannya mendakap sebuah mushaf di dada.
Masyarakat yang tahu ihwal kedua adik-beradik itu menitiskan air mata. Mereka tidak henti berfikir, orang yang selama ini dikenali sebagai ahli ibadah kenapa boleh mati dengan cara yang sedemikian tragisnya. Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat kenapa boleh husnul khatimah.Dengan peristiwa ini orang-orang diberi pelajaran yang sangat berharga. Bahawa kematian boleh datang bila-bila saja. Hanya Allah yang tahu.maka jangan sekali-kali saja-saja menuruti hawa nafsu. siapa tahu saat sedang menuruti hawa nafsu itulah maut menjemput. Na’uzubillahi min dzalik. Bahawa niat baik harus selalu dijaga agar ALLAH S.W.T. menganugerahkan akhir hidup yang indah. Akhir hidup yang diredhaiNya.
“Ya ALLAH, kurniakanlah kepada kami keteguhan dan keistiqamahan berada dalam jalanMu. Kurniakanlah kepada kami husnul khatimah. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.”
Sumber : Di atas Sajadah Cinta (karya Habiburrahman El Shirazi)

Jadi, sebagai ibrahnya, kita hendaklah sentiasa menjaga niat. Pastikan niat kita sentiasa baik dan ikhlas. Niat kan permulaan segala-galanya... Seperti yang terkandung dalam hadis 1, setiap orang akan dapat apa yang ia niatkan. Seperti kisah tadi, betapa ruginya si abang yang bertahun-tahun beribadat meninggal dalam niat yang keji. Manakala si adik yang selama ini bergelumang dosa pergi mengadap Penciptanya dalam niat yang mulia. Pasti kita tak mahu jadi seperti si abang tadi. Bayangkan betapa ruginya jika amalan selama ini jadi sia-sia hanya kerana niat yang terdetik di hati dalam sesaat. Nauzubillah... Jadi, sama-sama kita sentiasa luruskan niat tidak kira di mana kita kerana ajal kita boleh terjadi di mana-mana seperti yang telah ditentukan Ilahi. Moga ALLAH membantu kita dalam urusan menjaga niat di hati.. Amin...

No comments:

Post a Comment