Friday, January 14, 2011

KeTiKa MaSJiD DaN RuMaH PeLaCuRaN RoBoH...

Ada dua lelaki,. Keduanya adalah saudara kandung. Lahir dalam sebuah keluarga yang taat beragama. Namun perilaku dua orang itu berbeza dan akhir hidup mereka juga berbeza.
Yang tua, sejak kecil dikenal baik, alim dan ahli ibadah. Ia tidak suka menyakiti orang lain. Tidak suka huru-hara. Tak pernah menyentuh gelas minuman keras apalagi meminumnya. Waktu mudanya banyak dihabiskan di masjid. Ia juga tidak bergaul dengan wanita yang bukan mahramnya. Pernah ia dirayu seorang gadis cantik yang masih sepupunya, namun ia teguh dalam keimanannya. kerana amal perbuatannya yang baik dan akhlaknya yang mulia, ia dicintai oleh keluarga dan masyarakat.
Sedangkan adiknya, sangat berbeza dengan abangnya. Sejak kecil dikenak nakal. Sejak remaja sudah biasa masuk tempat maksiat. Rumah pelacuran adalahtempat biasa ia mangkal. Hampir setiap hari ia mabuk dan melakukan pelbagai maksiat di rumah pelacuran miliknya itu. Kadang-kadang ia juga ikut sekumpulan perompak untuk merampas harta orang lain. Ketika merompak, ia bahkan terkadang juga melakukan pemerkosaan. Hampir segala jenis maksiat dan perbuatan yang menjijikkan telah ia lakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatan jahatnya itu membuat dirinya dibenci oleh keluarga dan masyarakat.
Suatu ketika, sang abang yang alim dan ahli ibadah merenung ketika bersendirian. Tiba-tiba dengan halus sekali nafsunya berkata padanya :
“Sejak kecil kau selalu berbuat kebaikan dan beribadah. Kau telah mendapat tempat di hati masyarakat dan dikenal sebagai orang baik. Namun kau tidak pernah merasakan ni’matnya hidup sedikit pun. Kenapa tidak sesekali kau datang ke tempat adikmu menghibur diri di rumah pelacurannya. Sesekali saja. Setelah itu, kau boleh bertaubat. Kau boleh membaca istighfar ribuan kali dalam solat tahajjud. Bukankah ALLAH itu Maha Pengampun?”
Pujukan hawa nafsunya itu ternyata masuk dalam fikirannya. Syaitan pun dengan sangat halus masuk melalui pori-pori dan aliran darah. Ia berkata pada dirinya sendiri:
“Benar juga. Kenapa aku tidak sesekali menghibur diri ? Hidup cuma sekali. Malam nanti aku mahu menari dan bersenang-senang bersama wanita cantik di rumah pelacuran adikku. Setelah itu, aku pulang dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T. Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.”
Sementara itu, di rumah pelacuran, adiknya juga merenung. Ia merasa jenuh dengan hidup yang dijalaninya. Nuraninya berkata :
“Sudah bertahun-tahun aku hidup bergeimang dengan dosa. Bermacam maksiat telah kau lakukan. Apakah aku akan hidup begini terus? Keluarga membenciku kerana perbuatanku. Juga masyarakat, mereka memusuhiku kerana kejahatanku. Kenapa aku tidak mencuba hidup baik-baik seperti abang. Ah, bagaimanakan besok kalau aku telah mati. Bagaimana harus mempertanggungjawabkan perbuatanku. Kalau begini terus, kelak aku akan masuk neraka. Hidup sudah di akhirat sana. Sementara abangku akan hidup ni’mat di syurga. Tidak! Aku tidak boleh terus hidup dalam lembah maksiat. Aku harus mencuba hidup di jalan yang lurus. Malam nanti selepas maghrib, aku akan ke masjid tempat abang beribadah. Aku mahu bertaubat dan ikut solat. Aku mahu kembali ke pangkuan ALLAH s.w.t. Aku mahu beribadah sepanjang sisa hidupku. Semoga ALLAH mahu mengampuni dosa-dosaku yang telah lalu.”
                        ***
Dan benarlah. Ketika malam tiba, kedua saudara itu melaksanakan niatnya masing-masing. Selesai solat Maghrib di masjid, sang abang kembali ke rumah, ganti pakaian dan bergegas menuju rumah pelacuran. Adapun sang adik, telah pergi meninggalkan rumah pelacuransebaik mendengar suara azanMaghrib. Jalan yang diambil dua bersaudara itu tidak sama sehingga keduanya tidak berjumpa di tengah jalan.
Sampai di rumah pelacuran, sang abang mencari adiknya. Namun tidak ada. Orang-orang yang ada di rumah pelacuran tidak ada yang tahu ke mana adiknya itu pergi. Meskipun adiknya tidak ada ia tetap melaksanakan niatnya .Nafsu telah menguasai seluruh akal fikirannya.Ia pun menuruti segala yang diinginkan nafsunya di rumah pelacuran itu bersama para penari dan pelacur.
Di tempat lain ,sang adik sampai di masjid tempat abang biasa beribadah.Ia sudah bertekad bulat untuk bertaubat meninggalkan semua perbuatan buruknya.Ia mengambil air wudhu ‘ dan masuk ke dalam masjid. Ia mencari-cari abangnya, ternyata tidak ada. Padahal biasanya abngnya selalu beriktikaf di masjid selepas Maghrib sampai Isya’. Ia bertanya pada penjaga masjid, namun ia tidak tahu ke mana perginya. Meskipun tidak ada abangnya, niatnya telah nekad. Ia melakukan solat dan beristighfar sebanyak-banyaknya dengan bercucuran air mata.
Tiba-tiba bumi bergoncang dengan hebatnya.
“Awas, ada gempa! Ada gempa!” teriak orang-orang di jalan. Orang-orang panic keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Takut kalau-kalau rumah mereka runtuh. Sang adik yang sedang larut dalam kenikmatan taubatnya tidak beranjak dari dalam masjid. Ia tidak merasakan ada gempa. Demikian juga sang abang yang saat itu sedang terlena di rumah pelacuran. Ia sama sekali tidak merasakan gempa. Goncangan gempa malam itu cukup kuat. Beberapa bangunan roboh. Termasuk masjid dan rumah pelacuran.
Keesokan harinya. Sang abang ditemui mati di antara runtuhan rumah pelacuran di samping mayat seorang penari wanita dalam keadaan yang memalukan. Sedangkan adiknya juga ditemui mati di antara reruntuhan masjid. Kedua tangannya mendakap sebuah mushaf di dada.
Masyarakat yang tahu ihwal kedua adik-beradik itu menitiskan air mata. Mereka tidak henti berfikir, orang yang selama ini dikenali sebagai ahli ibadah kenapa boleh mati dengan cara yang sedemikian tragisnya. Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat kenapa boleh husnul khatimah.Dengan peristiwa ini orang-orang diberi pelajaran yang sangat berharga. Bahawa kematian boleh datang bila-bila saja. Hanya Allah yang tahu.maka jangan sekali-kali saja-saja menuruti hawa nafsu. siapa tahu saat sedang menuruti hawa nafsu itulah maut menjemput. Na’uzubillahi min dzalik. Bahawa niat baik harus selalu dijaga agar ALLAH S.W.T. menganugerahkan akhir hidup yang indah. Akhir hidup yang diredhaiNya.
“Ya ALLAH, kurniakanlah kepada kami keteguhan dan keistiqamahan berada dalam jalanMu. Kurniakanlah kepada kami husnul khatimah. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.”
Sumber : Di atas Sajadah Cinta (karya Habiburrahman El Shirazi)

Jadi, sebagai ibrahnya, kita hendaklah sentiasa menjaga niat. Pastikan niat kita sentiasa baik dan ikhlas. Niat kan permulaan segala-galanya... Seperti yang terkandung dalam hadis 1, setiap orang akan dapat apa yang ia niatkan. Seperti kisah tadi, betapa ruginya si abang yang bertahun-tahun beribadat meninggal dalam niat yang keji. Manakala si adik yang selama ini bergelumang dosa pergi mengadap Penciptanya dalam niat yang mulia. Pasti kita tak mahu jadi seperti si abang tadi. Bayangkan betapa ruginya jika amalan selama ini jadi sia-sia hanya kerana niat yang terdetik di hati dalam sesaat. Nauzubillah... Jadi, sama-sama kita sentiasa luruskan niat tidak kira di mana kita kerana ajal kita boleh terjadi di mana-mana seperti yang telah ditentukan Ilahi. Moga ALLAH membantu kita dalam urusan menjaga niat di hati.. Amin...

Monday, January 10, 2011

HuKuM MeMbErI DaN MeNjAwAb SaLaM... Perasan atau tak?

Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua.
Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain. Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa. Dalilnya ialah hadis nabi : ( يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم ),
maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud)
Begitu juga wajib menjawab salam yang dikirimkan samada dikirimkan menerusi seseorang secara lisan atau dikirim menerusi tulisan apabila kiriman tersebut sampai. Dalilnya ialah hadis Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda kepada saya:
( هذا جبريل يقرأ عليك السلام ) bermaksud: “ini dia JIbril menyampaikan salam kepadamu. Kata Aisyah; saya menjawab : ( وعليه السلام ورحمة الله ) –wa`alaihissalam-bermaksud: dan ke atasnya salam juga. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Disunatkan juga membalas kepada pengantara yang membawa kiriman salam dengan menjawab : ( وعليك وعليه السلام ) –wa`alaika wa `alaihissalam- bermaksud; ke atas mu dan ke atasnya salam. Dalilnya ialah hadis daripada Ghalib al-Quttan daripada seorang lelaki katanya memberitakan kepadaku oleh bapaku daripada datukku katanya; bapaku mengutuskan daku bertemu dengan Rasulullah dengan arahan; datangilah baginda dan sampaikan kepada baginda salam. Lalu aku bertemu baginda dan berkata: bapa saya menyampaikan salam kepada tuan. Lalu baginda menjawab: ( عليك السلام وعلى أبيك السلام ) ke atas kamu dan ke atas bapamu salam. ( hadis riwayat Abi Dawud). Menurut Imam Nawawi, hadis ini mengandungi seorang perawi yang tidak dikenali. Namun hadis-hadis tentang amalan-amalan yang lebih (sunat) diberi kelonggaran oleh ahli-ahli ilmu.

Sumber : ww.darulfuqaha.com

Tapi perasan atau tidak bila kita berada dalam suatu majlis, biasanya seseorang muslim akan mengakhiri ucapannya dengan salam. Tapi apa yang dapat saya perhatikan, biasanya ramai orang lebih suka memberi tepukan berbanding menjawab salam itu. Mungkin dijawab dalam hati? Wallahualam...
Berdasarkan hukum menjawab salam tadi, lebih baik jika semua yang ada di sesuatu majlis itu menjawab salam yang diberikan. Janganlah kita menganggap tidak penting untuk kita menjawab salam itu dan hanya mengharapkan orang yang menjadi wakil menjawab salam itu. Alangkah takutnya, andai tiada seorang pun yang menjawab salam yang diberikan. Semuanya akan menanggung dosa. Jadi, rajin-rajinkanlah diri kita menjawab salam yang diberikan. Bukankah salam itu satu doa, tak mahukah kita didoakan oleh saudara sendiri? Tepuk dada, tanya iman...

Friday, January 7, 2011

ApAkAh SuDaH CuKuP???

Boikot... satu perkataan yang tidak asing lagi dalam dialog harian kita. Namun, sejauh manakah kita melaksanakannya? Tepuk dada, tanya iman. Ramai dalam kalangan kita hari ini amat payah untuk memboikot barangan Israel laknatullah. Mungkin sudah terbiasa dengan produk-produk itu sejak kecil. Tapi bagi saya, jika kita betul-betul mahu dan bertekad, InsyaALLAH kita boleh memboikot dengan rela hati. Ramai yang apabila ditanya mengapa tidak memboikot, dengan selamba menjawab tidak biasa dengan barangan lain, barang-barang itu amat penting, dah biasa, tak pelah sikit-sikit je, takkan harga seringgit juga jadi pendapatan pada Israel.. Macam-macam alasan yang tercipta. Namun, sedarkah kita, sedikit mana pun kita menyumbang wang untuk barangan boikot seperti itu, ia tetap memberi kesan kepada saudara seaqidah kita di Palestin sebanarnya. Bayangkan satu ringgit ibarat satu peluru. Peluru yang disasarkan ke arah hamba-hamba ALLAH di bumi Palestin. Tanpa mengira berapakah usia mereka. Bukan hanya orang dewasa, tetapi ramai kanak-kanak yang masih belum mengenal erti hidup turut menjadi mangsa. Mahukah kita menjadi salah seorang penyumbang peluru yang bakal membunuh mereka. Sekejam itukah kita? Mungkin bagi sesetengah orang, membeli barang boikot ini perkara kecil. Namun sebenarnya, ia amat besar pada saudara kita di sana. Mereka amat mengharapkan kita di sini membantu, namun jika memboikot pun kita tak mahu, macam mana lagi kita mahu membantu? Boikotlah barangan Yahudi... Takkan mati tanpa izin ALLAH  jika kita hanya memboikot. Janganlah kita hanya mementingkan diri, memanjakan diri tanpa menghiraukan saudara kita di bumi Palestina tercinta. Bayangkan jika ibu bapa, adik-beradik kita ataupun kawan-kawan kita yang dibunuh kejam, apakah perasaan kita jika orang yang kita harapkan menolong turut sama menyumbang peluru? Saudaraku sekalian, apakah jawapan yang akan kita berikan di akhirat nanti jika ALLAH bertanya apa yang kita perbuat untuk menolong sesama Islam? Marilah kita sama-sama memboikot Israel laknatullah. Hanya pengorbanan sekecil ini yang kita mampu lakukan. Memang sukar untuk melakukannya, lebih-lebih lagi ada sebilangan barang yang harus digunakan, tiada pilihan yang lain. Namun, harus diingat, barangan yang ada pilihan lain mesti diboikot. Sama-sama kita usahakan... Walaupun bukan sekali gus. Jangan rasa rugi kerana ALLAH melihat usaha yang kita lakukan dan ada malaikat yang mencatat, INSYAALLAH... Demi Palestina tercinta.....
Senarai barangan boikot.........

SEANDAINYA AL-QURAN BISA BERBICARA



Kitab suci al-Quran adalah namaku

Aku buku kitab yang dicetak dengan cantik
Untuk tahu tentang aku ada beberapa petunjuk
Aku diberi sampul mewah nan indah
Aku pasti ada di setiap rumah orang Muslim
tapi
Dalam hati setiap orang Muslim aku jarang ditemui
Aku dietakkan di atas rak yang tinggi
Dibiarkan di sana, aku tertinggal dan dilupakan
Terkadang aku diletakkan di tempat yang kotor
Untuk mengusir hantu dan jin
Dan di sana juga aku dibiarkan, tertinggal dan dilupakan
Dan dengan penuh hormat aku banyak dicium setiap kali selesai dibaca
Tapi
Pelajaran dan petunjuk utama yang ada padaku selalu dilupakan
Mereke mengabaikan pesan yang ada padaku
Adakalanya aku digunakan untuk bersumpah palsu
Kagunaanku yang sebenar sangat jarang diperhatikan
Sungguh betapa ajaibnya aku bisa mengubah dunia
yang semestinya mereka lakukan adalah memahami perkataanku
Jadi seharusnya bacalah aku, pelajarlah aku
Perhatikan apa yang harus aku katakana untukmu
Aku punya hukum
Aku punya kebijaksanaan
Aku punya sesuatu yang sangat berharga
Dan banyak yang aku punya yang tak bisa kau hitung
Akulah sang juru penyelamatmu
Akulah penuntunmu
Aku ditrunkan daripada ALLAH S.W.T.  Sang Pencipta Alam Semesta
Aku diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Dan dipertahankan dengan air mata dan darah
Memperingatkan kebenaran adalah kemasyuranku
Maka, bacalah aku, pelajarilah aku,
Dan sampaikan isi yang ada padaku
Kerana
Al-Quran Al-Karim adalah namaku.
25 : 1-2

Kamu boleh tak peduli pada hal ini
Tapi demi ALLAH, al-Quran adalah persaksian untukmu di Hari akhir nanti
Jadi, peringatanku berguna, sebarkan kepada semua yang kamu mahu.
Jazakallah...


Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T Yang Maha Esa, yang telah menjadikan Islam sebagai din yang sempurna dan diredhai, sebagai petunjuk kepada manusia dalam menempuh kehidupan di dunia ini. Telah diutuskan junjungan teragung, Nabi Muhammad s.a.w. untuk mentarbiyyah umat manusia menuju kemuliaan dan kemenangan. Kita bersaksi bahawa sesungguhnya tiasa ilah yang layak disembah dan dijadikan tujuan kehidupan kecuali ALLAH, dan Muhammad S.A.W. adalah rasul yang diutus membawa risalah keabadian. Semoga ALLAH merahmati dan meredhai muslimin dan muslimat yang tetap tegar menegakkan kalimah al-Haq, “Tiada tuhan selain ALLAH dan Nabi Muhammad pesuruh ALLAH” sehingga ke hari qiamat, InsyaALLAH. Sesungguhnya Malaikat, penduduk langit dan bumi, sehingga semut-semut di lubang dan ikan-ikan di lautan memohonkan rahmat-Nya bagi manusia yang mengajarkan kebaikan...
Jadi, jangan takut untuk mengajarkan kebaikan walaupun dicemuhi insani kerana kita mencari redha Ilahi.......