Tuesday, May 17, 2011

Air MaTa Keinsafan

Adakah kita pernah mengalirkan air mata keinsafan?
Di kala tahajud di malam sepi?
Atau sekadar mengalir di kala musibah bertandang?
Jika pernah, adakah air mata itu ikhlas keranaNYA?
Jika tidak mampu menangis di kala tahajud itu, maka menangislah kerana ketidakmampuan itu...
(untuk renungan bersama, peringatan utk diri sendiri juga...)




Air Mata Keinsafan

Munsyid : The Zikr



Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi


Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi


Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini


Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi


No comments:

Post a Comment